30 December 2016

Menarik di Melaka

Sepanjang 4 hari di sana (20-23 dis 2016) kami telah menikmati makanan dan tempat di menarik di Melaka. Di antaranya ialah:
Melaka River Cruise
Menaiki bot melayari sungai Melaka. Jarak perjalanan hampir 45 minit. Kalau nk tgk pemandangan cantik boleh menaiki bot pada waktu malam.




Muzium Kapal Selam
Antara tarikan terbaru di Melaka. Kami merasai sendiri bagaimana suasana ketika berada di dalam kapal selam. Nak masuk muzium kena bayar tp dengan harga tiket yang berbaloi. Kalau nk pegi area pantai klebang.

Kuih Keria Hj Jalil Limbungan
Apa yg menarik kuih ini? Menariknya rasanya yg sgt sedap sebab kuihnya lembut sgt dan disaluti dgn gula melaka. Kalau org Perak panggil kuih gelang. Waktu kami datang nk membelinya terpaksa beratur panjang sampai kena buat 2 line.  Dekat kedai tu ada juga jual laksa dan minuman. Disediakan tempat makan di situ. Kuih keria hanya boleh beli 10 biji shj dgn harga 60 sen satu. Tak blh beli lebih sebab yg lain xmerasa nanti. Ditutup pada hari Jumaat. Kalau nk rasa kuih keria nie isterinya juga ada membuka kedai yang lain berdekatan dengan kedai ini.
Coconut Shake
Ini juga merupakan tarikan utama di Melaka. Tapi tidak beratur panjang mcm beli kuih keria. Tempat duduk juga banyak. Nak cari restoran ni hanyalah sederet dengan kedai kuih keria. Tempat parking pun luas. Selain coconut shake antara yang dijual di sini ialah nasi lemak dan kuih muih. Bolehlah nk memcuba keaslinya hanya terdapat di sini.

Rumah Terbalik
Apa yg terbalik? Rupanya barangan yang terdapat dalam rumah itu di letak keadaan terbalik di atas. Jadi bila kita ambik gambar seolah-olah kita berada di atas barangan tersebut. Menarik juga la cuma xbanyak aksi boleh dibuat sebab rumah ini masih baru lagi. Kalau nk pergi rumah ini ia berdekatan dengan kawasan hotel area menara Taming Sari.




Sambungan bercuti di The Straits Hotel And Suites Melaka

Pada 20 hingga 22 Disember kami menginap di The Pines kemudian kami meneruskan percutian di Melaka di Straits Hotel. Hotel ini betul2 berada di bandar di hilir dan mmg dekat untuk berjalan kaki di Kota A Famosa.


Selepas 3 hari menginap di hotel the pines , kami menginap di hotel the straits hotel & suites berdekatan dengan menara taming sari . harga biliknya amat berpatutan .bilik kami ialah bilik premier suite . bilik ini mempunyai ruang tamu dan dapur . keluasan biliknya amat besar . amat sesuai untuk keluarga . hotel ini juga mempunyai kolam tetapi sekarang hanya ada untuk dewasa manakala kolam kanak kanak sedang dibuat . hotel ini baru dibuka . hotel ini bersebelahan dengan novotel hotel . jadi jangan silap pulak masuk tau .

Bercuti di The Pines Melaka

Pada 20 Disember 2016 kami sekeluarga bercuti di Melaka. Ini kali kedua kami sekeluarga bercuti di Melaka. Dulu pg dengan anak sorang kini dah bertambah lg 3 jadi 4.
Sampai di Melaka agak lewat juga lebih kurang pukul 4.30 ptg. Kami menginap di The Pines Hotel. Mmg ada booking bilik dalam Booking. com.Sampai jer terus check in hotel ini. Agak mudah juga mencari hotel ini sebab berdekatan dengan banda di hilir dan berhampiran sungai Melaka.


Memang puas hati duk kat hotel ini. Antaranya parking memang senang dan banyak sebab parking secara bertingkat.  Nak masuk just guna key card jer terus masuk lift sampai ke bilik. Bilik yang kami booking adalah bilik deluxe room. Tapi mmg puas hati sebab biliknya besar katilnya besar siap ada singki lagi. Memang berbaloi lepak kat hotel ini.


Kolam kanak kanak pun ada di sini . kolam kanak kanak besar dan luas .Siap ada taman kanak2 lagi. View kat atas mmg cantik siap boleh bersantai lagi. Kolam nie di tingkat 7. Tetapi orang yang masuk kolam kena melalui tingkat 8, kemudian turun tangga untuk melaluinya. Memg berbaloi di kawasan nie kawasannya luas dan cantik.Kami menginap di sini 3 hari 2 malam. Jadi kalau korang nk ke Melaka memang sy suggest hotel ini.

28 December 2016

Abah sentiasa dalam ingatan

Al fatihah
30.08.2016 kehilangan abah yang amat disayangi. Semoga abah tenang di sana dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...amin.

1 January 2016

Blog Kami

 Assalamualaikum
Selamat datang ke blog kami yang baru dan terkini 2016