30 December 2016

Menarik di Melaka

Sepanjang 4 hari di sana (20-23 dis 2016) kami telah menikmati makanan dan tempat di menarik di Melaka. Di antaranya ialah:
Melaka River Cruise
Menaiki bot melayari sungai Melaka. Jarak perjalanan hampir 45 minit. Kalau nk tgk pemandangan cantik boleh menaiki bot pada waktu malam.




Muzium Kapal Selam
Antara tarikan terbaru di Melaka. Kami merasai sendiri bagaimana suasana ketika berada di dalam kapal selam. Nak masuk muzium kena bayar tp dengan harga tiket yang berbaloi. Kalau nk pegi area pantai klebang.

Kuih Keria Hj Jalil Limbungan
Apa yg menarik kuih ini? Menariknya rasanya yg sgt sedap sebab kuihnya lembut sgt dan disaluti dgn gula melaka. Kalau org Perak panggil kuih gelang. Waktu kami datang nk membelinya terpaksa beratur panjang sampai kena buat 2 line.  Dekat kedai tu ada juga jual laksa dan minuman. Disediakan tempat makan di situ. Kuih keria hanya boleh beli 10 biji shj dgn harga 60 sen satu. Tak blh beli lebih sebab yg lain xmerasa nanti. Ditutup pada hari Jumaat. Kalau nk rasa kuih keria nie isterinya juga ada membuka kedai yang lain berdekatan dengan kedai ini.
Coconut Shake
Ini juga merupakan tarikan utama di Melaka. Tapi tidak beratur panjang mcm beli kuih keria. Tempat duduk juga banyak. Nak cari restoran ni hanyalah sederet dengan kedai kuih keria. Tempat parking pun luas. Selain coconut shake antara yang dijual di sini ialah nasi lemak dan kuih muih. Bolehlah nk memcuba keaslinya hanya terdapat di sini.

Rumah Terbalik
Apa yg terbalik? Rupanya barangan yang terdapat dalam rumah itu di letak keadaan terbalik di atas. Jadi bila kita ambik gambar seolah-olah kita berada di atas barangan tersebut. Menarik juga la cuma xbanyak aksi boleh dibuat sebab rumah ini masih baru lagi. Kalau nk pergi rumah ini ia berdekatan dengan kawasan hotel area menara Taming Sari.




0 comments:

Post a Comment