30 December 2016

Bercuti di The Pines Melaka

Pada 20 Disember 2016 kami sekeluarga bercuti di Melaka. Ini kali kedua kami sekeluarga bercuti di Melaka. Dulu pg dengan anak sorang kini dah bertambah lg 3 jadi 4.
Sampai di Melaka agak lewat juga lebih kurang pukul 4.30 ptg. Kami menginap di The Pines Hotel. Mmg ada booking bilik dalam Booking. com.Sampai jer terus check in hotel ini. Agak mudah juga mencari hotel ini sebab berdekatan dengan banda di hilir dan berhampiran sungai Melaka.


Memang puas hati duk kat hotel ini. Antaranya parking memang senang dan banyak sebab parking secara bertingkat.  Nak masuk just guna key card jer terus masuk lift sampai ke bilik. Bilik yang kami booking adalah bilik deluxe room. Tapi mmg puas hati sebab biliknya besar katilnya besar siap ada singki lagi. Memang berbaloi lepak kat hotel ini.


Kolam kanak kanak pun ada di sini . kolam kanak kanak besar dan luas .Siap ada taman kanak2 lagi. View kat atas mmg cantik siap boleh bersantai lagi. Kolam nie di tingkat 7. Tetapi orang yang masuk kolam kena melalui tingkat 8, kemudian turun tangga untuk melaluinya. Memg berbaloi di kawasan nie kawasannya luas dan cantik.Kami menginap di sini 3 hari 2 malam. Jadi kalau korang nk ke Melaka memang sy suggest hotel ini.

0 comments:

Post a Comment